Kastard Berkuah
Puding castard berkuah ini antara dessert yang mudah dan sedap. Time-time panas memang sedap sangat kalau dapat makan puding castard berkuah ni. Makin banyak buah-buah sampingan tu makin enak rasanya. Kalau ada open house/jamuan/kenduri memamg puding castard berkuah antara menu wajib yang dioder ataupun trifle. Untuk trifle nanti boleh tengok di bawah.
Cara untuk membuatnya memang sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Kalau ada masa terluang memang anda patut cuba resepi ni. Selamat mencuba!
Puding Castard Berkuah
Kastard
100g tepung kastard
½ sk garam
1 liter air
3sb susu pekat
3sb gula pasir
Kuah kastard
1 tin susu cair
1 tin air
3sb susu pekat
3sb gula pasir
1sk esen vanilla
2sb tepung kastard
Hiasan
1 tin fruit cocktail/ nata de coco

Triffle
Trifle ini adalah dessert kesukaan kami satu keluarga. Kalau buat makan-makan dengan family trifle ni memang menu yang selalunya akan ada. Bukan sahaja sebab keenakkannya tetapi cara untuk membuat trifle ini juga sangat mudah. Trifle ini dilapisi dengan tiga layer dimana layer pertama(bawah sekali) adalah pandan roll, layer kedua kastard, dan ketiga (atas sekali) jelly dan fruit cocktail.
Trifle ni memang sedap dimakan ketika sejuk. Nikmat sangat rasanya. Kebiasaannya kami akan buat di dalam bekas yang besar dan memang trifle akan menjadi dessert pertama yang habis. Untuk bercuti dan perlu travel jauh juga boleh sediakan trifle di dalam bekas kecil-kecil supaya mudah dimakan. Bagi peminat trifle apa tunggu lagi jom cuba resepi ni... Memang mudah dan sedap!
Trifle
Bahan A
Pandan Swiss Roll
Air cocktail
Bahan B (dimasak)
1 tin susu cair
1 tin air
3sb susu pekat
3sb gula pasir
1sk esen vanilla
2sb tepung kastard
Bahan C
Kristal Jeli Nona
Cara-cara:-
1. Potong kek pandan swiss roll dan susun di dalam bekas yang disediakan. Kek mestilah menutupi setiap ruang bekas.
2. Renjiskan sedikit air cocktail ke atas swiss roll supaya kek menjadi lembab. Ketepikan
3. Campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk, kacau sehingga sebati dan masak di atas api sehingga mendidih.
4. Setelah bahan B siap dimasak, tuang ke atas lapisan kek (BahanA).
5. Susun buah cocktail dia atas adunan kastard (BahanB). Ketepikan
6. Masak kristal jeli nona dia atas api sehingga mendidih.
7. Setelah mendidih tuang secara perlahan-lahan menggunakan sudu di atas adunan kastard supaya lapisan kastard tidak pecah.
8. Sejukkan seketika dan masukkan di dalam peti sejuk.
*untuk kristal jeli nona, anda hanya perlu ikut arahan di belakang kotak*

Fruit Tart
Fruit tart ni kami buat demi memenuhi permintaan cousin kami yang mintak kami buatkan untuk open house hari tu. Ketika itu kami masih tidak berkesempatan untuk membuat shell sendiri. Jadi terpaksalah kami menggunakan shell yang telah siap dijual. Shell ini anda boleh dapatkan di kedai-kedai yang menjual bahan kek. Walaupun shell yang dibeli siap ini tidak selembut dan serapuh yang buat sendiri tetapi rasanya tetap sedap.
Sekarang kami dah jumpa resepi untuk kulit shell yang sedap dan rapuh. Mestilah daripada blog masam manis kak ita. kalau anda nak lebih banyak resepi yang menarik boleh tengok di blog kak ita. Kami juga sering merujuk resepi daripada blog kak ita. Alhamdulillah shell yang kami buat dengan menggunakan resepi dari kak ita ni memang sangat memuaskan hati. Ketika itu kami buat untuk sambutan hari jadi anak saudara dan kakak ipar, seronok tengok budak-budak tu makan siap bawak balik rumah sambung makan kat rumah. Sampai ada yang tak sempat makan pun.
Cuma sedikit mengambil masa untuk kita membuat shell. Tetapi pada kami ia tidak menjadi masalah kerana shell itu boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Cara penyimpanannya mestilah disimpan di dalam bekas kedap udara dan diletakkan di dalam peti sejuk. Anda boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan simpan. Jadi bila anda terasa nak makan, hanya perlu membuat intinya. Cara untuk membuat inti amat mudah.
Di bawah kami tinggalkan resepi untuk anda mencuba. Selamat mencuba!
Creampuff
Creampuff satu dessert yang menjadi kegilaan ramai. anak saudara memang gemar makan creampuff hasil tangan ibu mereka. Suatu hari bila kami pergi ke rumah mereka dan dijamu dengan creampuff hasil tangan ibu mereka, ermm... memang sedap lembut patutlah anak-anaknya gemar benar makan. Terus kami mintak resepi untuk cuba buat dirumah. Katanya dia juga gunakan resepi dari kak ita masam manis. Apa lagi, esoknya terus bukak blog kak ita dan cari resepi creampuff.
Bila bahan-bahan ada terus buat dan bagi mak ayah pulak rasa. Nampak gayanya ayah pun suka makan creampuff ni banyak jugak yang dia makan masa tu. Kalau sebelum ini kami buat saiz biasa. Tetapi suatu hari tu apabila berjalan-jalan di kedai kek sejati indah di sungai petani, kami lihat dia jual dalam saiz yang kecil. Mini creampuff! memang mudah sangat untuk dimakan sekali makan je dah habis.
Sekarang kami jual mini creampuff siap dipack. Tapi kalau anda nak saiz biasa pun boleh sahaja order kami akan buat. Cumanya di kedai buat masa sekarang yang ready made hanya ada mini creampuff. Apa tunggu lagi penggemar creampuff cepat cuba resepi ni... Memang sedap lembut dan mudah sahaja untuk menghasilkannya.
Cream Puff
Credit : Azlita masam manis
Bahan-bahan:-
Shell
100ml air
45g butter suhu bilik
60g tepung gandum (diayak)
2 biji telur (100g)
Cream Kastard
1sb tepung
1sb tepung jagung
4sb gula
200ml susu segar
1biji telur
1sb mentega
1 st esen vanilla
Pewarna kuning
Cara-cara:-
1. Masukkan telur di dalam mangkuk dan pukul.
2. Masukkan air dan butter dalam periuk lalu dimasak diatas api sederhana dan kuatkan hingga mendidih. Tutup api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan adunan semula dengan api sederhana hingga nampak kepingan nipis. Padamkan api.
5. Masukkan telur dankacau cepat-cepat
6. Masukkan adunan di dalam piping bag

Cheezy layer cappuccino
Cheezy layer cappuccino pada asalnya adalah cheesekut. Kali ini kami menggunakan resepi dari blog cik epal. Sebelum ini kami menggunakan resepi asal dari cik epal. Tapi ada sekali anak sedara kami buat cheesekut yang menggunakan biskut marie biasa dan bila kami rasa ehhh sedap pulak... jadi kami pun cuba menggunakan resepi dari cik epal dengan menukar biskut cream cracker kepada biskut marie cappuccino.
Memang ramai peminat cheezy layer cappuccino ni... Sekejap je kami buat memang habis licin... Sampai kadang-kadang tu orang yang sama datang beli dua tiga bekas. Untuk cheezy layer cappuccino ini kami jual dalam bekas keil-kecil sahaja... Mudah untuk makan. Anak sedara pun kadang-kadang datang makan berbekas-bekas. Nampak memang dia suka sangat makan cheezy layer cappuccino ni.
Memang sangat-sangat rugi kalau anda tak cuba buat cheezy layer cappuccino ni. Cara untuk membuatnya juga sangat mudah tidak perlukan oven atau dapur hanya perlu ada peti ais. Untuk resepi yang kami akan kongsi ini, satu adunan boleh dapat lebih kurang 10 bekas tupperware kecil-kecil. Selamat mencuba! anak-anak dan adik-adik anda pasti suka menikmatinya. Ia lebih sedap dimakan ketika sejuk. Yummyy...
Cheezy layer cuppachino (cheesecake biskut)
Credit : Cik Epal
Bahan-bahan:-
250g cream cheese
130g susu pekat manis
1 sb susu segar
Oreo (dikisar)
Biskut Marie Cupphachino
Susu segar
Cara-cara:-
1. Pukul cream cheese hingga kembang
2. Masukkan susu manis, putar hingga sekata
3. Masukkan satu sutu besar susu segar dan ketepikan.
4. Ambil biskut celupkan di dalam susu segar. Jangan celup terlalu lama sehingga biskut menjadi lembik.
5. Susun biskut yang telah dicelupkan ke dalam susu segar ke dalam loyang/bekas
6. Ratakan cream cheese yang telah dipukul tadi.
7. Taburkan sedikit serbuk oreo.
8. Ulang langkah yang sama. Biskut > cream cheese > orea. Ulang sehingga cream cheese habis.
9. Masukkan di dalam peti sejuk beberapa ketika.
10. Siap!